MENGAWAL ANCAMAN SIPUT GONDANG MAS

Selain perubahan iklim yang tidak menentu dan kadar taburan hujan yang tinggi serta fenonema air pasang besar, ancaman Siput Air / Gondang Mas sering menjadi punca kepada pengurangan hasil padi. 

  • Paddy Guard berupaya untuk menangani masalah ancaman siput air kerana bahan mineral yang digunakan mempunyai elemen yang tidak disukai oleh Siput.
  • Penggunaan Paddy Guard yang khusus dalam menangani ancaman tersebut masih boleh mengekalkan persekitaran yang mesra alam
  • Bahan kandungan Paddy Guard adalah bebas dari bahan kimia dan tidak memberi kesan ke atas kesihatan petani seperti tiada reaksi terhadap kulit dan hidupan air dan sahabat ladang.

Penggunaan Paddy Guard

  • Paddy Guard mempunyai kadar melupuskan telur, siput muda dan siput dewasa sebanyak 99%
  • Jika terdapat ancaman yang teruk, kapasiti penggunaan adalah 500ml Paddy Guard untuk 100L air untuk 1 lot (1.2 hektar)


Kaedah semburan:

  1. Sebelum menanam benih (untuk lot yang mempunyai sejarah kehadiran siput yang banyak)
  2. Apabila mendapati kehadiran siput ke atas anak-anak pokok selepas tanaman 
  3. Sebelum tanaman boleh disemburkan ke atas permukaan air di seluruh plot
  4. Sekiranya tanaman telah dilakukan, sembur pada anak pokok
  5. Sekiranya serangan ke atas pokok yang berusia separuh matang, semburan pada bahagian bawah pokok padi atau terus ke atas siput dan telur siput bagi membasmi dan menghalang pembiakan